Thursday 15 December 2011

A136570 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Pengenalan

  • Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat.
  • Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Apakah komunikasi yang berkesan?
Komunikasi yang baik merangkumi:
• Penerangan yang jelas
• Menunggu giliran untuk bercakap
• Tidak ada yang baik dan buruk
• Membantah dengan tenang
• Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek
   dan jelas
• Bertentang mata
• Duduk tegak
• Berkomunikasi dengan nada biasa
• Bercakap bila perlu
• Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
• Meminta pertolongan dengan baik
• Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Apakah komunikasi yang tidak berkesan?
Komunikasi yang tidak berkesan adalah:
• Mencaci
• Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
• Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
• Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
• Bercakap sambil lewa
• Menjerit
• Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
• Melepaskan geram

Apakah prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan?
• Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
• Mendengar dengan minat
• Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
• Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
• Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa
menyakiti hati pendengar

Bagaimanakah keberkesanan mendengar?
• Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
• Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh
   minat. Beri sepenuh perhatian
• Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti
  "oh" atau "Umm-hmm"
• Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang
  diperkatakan

Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?
• Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
• Anda akan mendapat ramai kawan
• Anda akan lebih difahami
• Anda akan lebih baik di sekolah

Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?
• Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
• Anda susah difahami oleh orang lain
• Segala kemahuan tidak dapat dicapai
• Anda tidak disukai

Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi
meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?
• Guru anda
• Kaunselor
• Pegawai Komunikasi
• Pakar Psikologi


http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KEMAHIRANBERKOMUNIKASI.pdf





Ulasan:
Berdasarkan tajuk Kemahiran Berkomunikasi yang telah dipelajari, setiap individu perlulah mempraktikkan komunikasi yang berkesan dalam kehidupan seharian dan menghindarkan daripada mengamalkan komunikasi yang tidak berkesan. Hal ini kerana komunikasi yang tidak berkesan bukan sahaja tidak dapat menyampaikan  maklumat yang jelas kepada penerima malah juga mungkin akan menyebabkan penerima maklumat tersebut tersinggung dengan kata-kata atau perbuatan pemberi maklumat tersebut. Penyampaian maklumat melalui komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat yang tepat serta mudah difahami oleh penerima maklumat tersebut. Komunikasi yang berkesan juga menggambarkan individu yang bersikap positif berbanding dengan komunikasi yang tidak berkesan yang boleh menyebabkan pemberi maklumat dipandang serong serta tidak dihormati.



No comments:

Post a Comment