Monday 19 December 2011

Bab 1: Kemahiran Komunikasi (A136635)




Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat
  • proses untuk bertukar-tukar maksud
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, contohnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan.

Kemahiran untuk berhubungan dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara.

Model-model Komunikasi

1. Model Komunikasi Linear
Proses komunikasi satu hala iaitu pengirim akan menghantar mesej kepada penerima. Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa sebarang maklum balas. Bising dan gangguan menjadi faktor salah faham dalam komunikasi.



2. Model Komunikasi Interaksional
Proses komunikasi dua hala antara para peserta komunikasi. Para peserta komunikasi, pengirim dan penerima, kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima. Elemen penting dalam komunikasi ini ialah maklum balas.


3. Model Komunikasi Transaksional
Memberi penekanan kepada pengirim dan penerima mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi.  Kedua-dua pengirim dan penerima boleh menghantar, menerima mesej atau membuat kedua-duanya secara serentak


Kepentingan Kemahiran Komunikasi

1. Dari Segi Kemasyarakatan
  • Memahami konteks yang betul tentang budaya bangsa orang lain.
  • Membantu kita memahami tingkah laku orang lain.
  • Mengelak kita daripada membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihat secara lebih terperinci.

2. Dari Segi Akademik
  • Hubungan yang baik dengan pensyarah.
  • Memudahkan mahasiswa membuat latihan industri, latihan amali atau menulis latihan ilmiah.
  • Melatih mahasiswa bekerja secara berkumpulan.
  • Melatih mahasiswa mendengar dan memahami orang lain serta menuntut mereka bersabar dengan perangai orang lain.

3. Dari Segi Kerjaya
  • Belajar menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik.
  • Dapat merangka sebuah curiculum vitae yang menarik dan lengkap.
  • Menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik semasa melamar pekerjaan.


Jenis-jenis Komunikasi

1. Komunikasi Lisan
Perkongsian idea atau luahan pendapat melalui kata-kata.
Faktor-faktor:
  • Perbendaharaan kata
  • Kelajuan
  • Intonasi
  • Humor
  • Singkat dan jelas

2. Komunikasi Bukan Verbal
Perkongsian perasaan yang ditunjukkan melalui pergerakan badan.
Faktor-faktor:
  • Ekspresi wajah
  • Pandangan mata
  • Sentuhan
  • Gaya tubuh dan gaya berjalan
  • Gerak isyarat
  • Proksemik
  • Artifak

3. Komunikasi Bertulis
Aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik.
Faktor-faktor:
  • Fakta
  • Gaya
  • Laras
  • Pengolahan
  • Bahasa



Bentuk-bentuk Komunikasi

1. Komunikasi Intrapersonal
Secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Individu membentang, meneliti, mentafsir, dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman. Berlaku dalam fikiran individu tersebut.

2. Komunikasi Interpersonal
Melibatkan dua individu dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat.

3. Komunikasi Berkumpulan
Melibatkan lebih daripada dua individu seperti kelompok kecil yang melibatkan sehingga 25 orang atau mungkin juga lebih. 

4. Komunikasi Organisasi
Kelompok kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan yang lebih besar. Kebiasaannya lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang lebih besar dan protokol yang tertentu.

5. Komunikasi Awam
Melibatkan komunikasi seorang komunitator dengan sejumlah besar pendengar atau dikhalayak ramai.

6. Komunikasi Silang Budaya
Melibatkan individu daripada latar budaya yang berbeza.

7. Komunikasi Berasaskan Teknologi
Teknologi menjadi perantara komunikasi seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya yang lebih mudah dan berpadanan dengan gaya hidup pantas masyarakat moden. 

Halangan-halangan dalam Komunikasi
  • Persekitaran
  • Sikap penghantar
  • Sikap penerima
  • Bahasa
  • Maklumat kurang tepat dan jelas
Aspek Komunikasi Berkesan
  • Latar belakang penghantar dan penerima maklumat
  • Mendengar dengan baik dan efektif
  • Bersikap positif
Ulasan

Kemahiran komunikasi adalah suatu aspek yang penting kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan menguasai kemahiran berkomunikasi. Namun begitu, terdapat pelbagai halangan dalam berkomunikasi. Halangan-halangan tersebut dapat dielakkan sekiranya pelajar menggunakan kaedah dan cara penyampaian yang betul semasa berkomunikasi seperti penggunaan lisan dan bahasa tubuh yang betul. Komunikasi yang berkesan memudahkan pelajar dan orang sekeliling untuk berhubung dan memahami antara satu sama lain. Komunikasi yang tidak berkesan pula boleh menimbulkan salah faham dalam perhubungan individu dengan orang lain. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi penting untuk memastikan hubungan yang baik antara pelajar dengan masyarakat sekeliling termasuklah ibu bapa, rakan-rakan, guru dan pensyarah, serta orang awam.

Sumber Rujukan

  1. Modul Pembangunan Diri, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011.
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi
  3. http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/kemahiran-asas-komunikasi.html

No comments:

Post a Comment