Thursday 15 December 2011

KOMUNIKASI BERKESAN : Tugasan Berkumpulan (Video)

Untuk tugasan bab 1 'Kemahiran Komunikasi', kami dikehendaki melakonkan sebuah sketsa untuk membandingkan antara komunikasi berkesan dan komunikasi tidak berkesan. 

Sinopsis
Seorang pelajar baru di UKM ingin meminjam buku di perpustakaan untuk mencari info berkaitan dengan subjek yang kurang difahaminya. Namun dia tidak dapat mencari kedudukan buku yang diingininya. Oleh yang demikian, dia bertanya kepada pustakawan yang bertugas pada masa tersebut. Berikut adalah dua situasi yang berbeza berkaitan dengan kaedah berkomunikasi yang digunakannya dan bagaimana respon yang diterimanya.


Terdapat dua situasi yang ditekankan dalam sketsa ini:

Situasi 1
Seorang pelajar A berT-shirt dan berseluar jeans masuk ke dalam perpustakaan dengan tujuan untuk meminjam sebuah buku. Dia pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui kedudukan buku tersebut. Namun, penggunaan bahasa yang kurang jelas dan kurang sopan menyebabkan pustakawan di situ tidak menghiraukan pertanyaan pelajar tesebut. 

Situasi 2
Seorang pelajar B berkemeja dan berseluak slack masuk ke dalam perpustakaan dengan tujuan yang sama seperti pelajar A. Pelajar B juga pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui kedudukan buku yang ingin dipinjam. Penggunaan bahasa yang jelas, sopan dan sesuai menyebabkan pustakawan itu menjawab pertanyaan pelajar tersebut.

Kesimpulan
Maklumat akan lebih mudah untuk disampaikan sekiranya penggunaan bahasa yang betul, jelas, sopan serta gerak-geri tubuh digunakan semasa berkomunikasi. Penerima mesej juga mudah untuk menerima mesej, menganalisis maklumat, dan mampu memberikan maklum balas yang baik.

P/S: Berikut disertakan video yang telah kami lakukan bersama. Enjoy the video ^.^

No comments:

Post a Comment