Tuesday 20 December 2011

BAB 1 : KOMUNIKASI BERKESAN (A136570)

Komunikasi Berkesan “Jason Bourne”

Bourne Ultimatum
Saudara saudari sekalian, sudahkah anda menonton filem-filem aksi penuh lasak ” Matt Damon “? Saya sebenarnya baru sahaja menonton filem terbaru penampilannya iaitu “The Bourne Ultimatum” . Filem kesinambungan Bourne Identity dan Bourne Supermacy. Saya pun baru menonton semula 2 siri filem berkenaan. Catatan ini saya nukilkan seba sedikit apa input yang boleh kita ceduk daripada filem menarik berkenaan.
Apa yang dapat saya lihat dari kacamata dan mata kurniaan ALLAH SWT ini ialah betapa pentingnya “Kemahiran Komunikasi Berkesan”. Dalam filem ini bermakna ada terselit 3 komponen utama dalam komunikasi iaitu “Pengirim-Jason Bourne contohnya memberi Mesej-Maklumat melalui telefon bimbitnya kepada si Penerima – wartawan untuk satu pertemuan. Jika komunikasi lemah antara satu pihak dengan pihak yang lain, maka banyak masalah akan wujud, dalam filem ini, si penembak tepat telah berjaya mejalankan tugasnya dengan satu peluru yang tepat kepada si wartawan, Dead!
Dari segi fakta dan data yang saya perolehi daripada satu kursus berkenaan Komunikasi Berkesan ini ialah “Kita hanya memberi perhatian kepada 25% daripada yang kita dengari serta hanya mengingati 50% yang didengari dan hanya 25% selepas 2 bulan“.Hmm betul ke?..Boleh cuba ujian ke atas diri. Manusia menghabiskan sebanyak 70%  masa jaganya dengan berkomunikasi dengan orang lain-membaca, menulis,bercakap, mendengar. Maka dengan tiadanya komunikasi, perhubungan tidak akan wujud! Dengan adanya komunikasi yang berkesan ini, segala perkongsian idea dari A To Z dapat diterjemahkan dan diselesaikan. Beberapa halangan dalam komunikasi berkesan juga ada antaranya “Ketepuan maklumat yang menyebabkan si penerima gagal menumpukan apa maklumat yang penting “. Ini juga berlaku dalam cerita Bourne ini, apabila si penerima maklumat tidak memahami atau berada dalam keadaan yang tertekan, maka penumpuan kepada maklumat (mesej) penting menggagalkan dia!

Di sini saya lampirkan dahulu 10 Tips dalam Komunikasi Berkesanuntuk kita kongsikan bersama :


  1. Anda sendiri perlu JELAS dengan idea yang mahu disampaikan. Jika anda sendiri TAK FAHAM, bagaimana hendak memahami orang lain?
  2. Anda perlu mengambil kira SETTING ( Sosial, Budaya,Fizikal ). 
  3. Mintalah pandangan ORANG LAIN bila merancang untuk berkomunikasi. (Open 2-Way Communication).
  4. Anda gunakan bahasa tubuh (BODY LANGUAGE)  yang sesuai mengikut Setting yang betul. Jangan Over-Acting.

  5. Anda gunakan kemahiran GERAKAN BADAN seperti kontek mata, tunduk, ke depan, anggukan kepala. Semuanya untuk galakkan komunikasi berjalan menarik!
  6. Anda jadilah PENDENGAR yang baik. Tumpuan sepenuhnya apa yang dibincangkan. Jangan berkhayal.
  7. Anda berFIKIRAN terbuka mengenai apa yang diperkatakan pasangan komunikasi anda. Jangan terus tutup mood perhubungan.
  8. Anda perlu mengELAK membuat raptai komen semasa orang lain sedang menyampaikan mesej. Kosongkan minda, dengar dulu apa mesej yang nak disampaikan!
  9. Anda perlu SAHkan kefahaman anda.
  10. Anda perlu ELAKkan memonopoli perbualan.


KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen iaitu:
  • Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan.
  • Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
  • Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
  • Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
  • Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
  • Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
  • Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
  • Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
  • Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.










ULASAN:

Komunikasi yang berkesan bergantung kepada pemberi maklumat dan juga penerima maklumat tersebut. Pemberi maklumat haruslah memberi maklumat yang tepat, mampu menarik minat penerima dan menyampaikan maklumat dengan jelas supaya penerima dapat memberi respons terhadapt mklumat yang disampaikan itu. Penerima maklumat juga perlulah mendengar dengan teliti maklumat yang igin disampaikan. Elakkan daripada menyampuk atau mencelah sebelum pemberi habis menyampaikan maklumatnya. Hal ini dikhuatiri akan menyebabkan penerima maklumat salah menginterpretasi maklumat yang disampaikan dan akhirnya menyebabkan pemindahan maklumat yang salah kepada kelompok yang lebih besar. Justeru, komunikasi yang berkesan  perlulah disampaikan dan diterima dengan baik oleh kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment