Tuesday 20 December 2011


Bab 2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik
(by A136173)


Adakah anda menghadapi masalah??

 Definisi masalah :
-Sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran.
-Merujuk kepada suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan fizikal (Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005).


Definisi penyelesaian masalah :
-Usaha individu untuk menyelesaikan atau menamatkan masalah yang sedang dihadapinya.






Masalah yang mustahil diselesaikan ialah apabila kita melihat bahawa masalah adalah sesuatu yang berat untuk diselesaikan...


 Jangan risau, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..


ENAM LANGKAH DEWEY

Langkah Pertama :Mengenalpasti masalah
Pendapat individu dikemukan kepada ahli kumpulan secara jujur dan asertif. Walaupun
Pendapat individu berbeza dengan anda, pendapat ahli-ahli kumpulan diterima.

Langkah Kedua: Penyelesaian Masalah
Apabila dikemukaan penyelesaian am tidak boleh
bimbang untuk mengambil risiko dan hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing.

Langkah Ketiga: Satu penyelesaian diterima sebulat suara
Penyelesaian itu dibawa ke hadapan murid-murid.

Langkah Keempat:Perkara-perkara yang hendak diingat.
Untuk mendapat persetujuan mengambil masa yang lama. Jika tiada persetujuan ia bukan bermakna kegagalan. Jika sebahagian penyelesaian diterima, fokus kepada bahagian itu. Pastikan tiada agenda tersembunyi yang menghalang persetujuan.

Langkah Kelima: Melaksanakan penyelesaian.
Pastikan pelaksanaan dipersetujui.

Langkah Keenam: Penilaian.
Semua ahli kumpulan hendaklah menerima cara penilaian
dibuat.Tarikh harus ditetapkan untuk menilai kejayaan atau kegagalan penyelesaian.


Strategi Penyelesaian Masalah:

  1. Strategi pendakian bukit (juga dikenali sebagai penurunan/pendakian cerun, atau pengurangan perbezaan): Setiap langkah dalam penyelesaian masalah itu cuba mendekati keadaan sasaran. Kelemahan dalam pendekatan ini adalah bahawa terdapat banyak cabaran yang memerlukan anda kelihatan menjauhi keadaan sasaran supaya dapat melihat dengan lebih jelas penyelesaiannya.
  2. Analisis cara dan hasil: Teknik ini yang lebih berkesan daripada strategi pendakian bukit memerlukan anda menetapkan subsasaran-subsasaran dari keadaan permulaan sehingga keadaan sasaran apabila menyelesaikan sesuatu masalah.
  3. Bekerja secara terbalik
  4. Cuba-cuba
  5. Perah otak
  6. Kotak morfologi
  7. Kaedah objek fokus
  8. Pemikiran lateral
  9. Teknik-teknik George Pólya dalam bukunya, Bagaimana Mengatasinya
  10. Penyelidikan: Kajian terhadap apa yang telah ditulis oleh orang-orang lain tentang masalah itu (atau masalah yang berkaitan). Ada mungkinnya bahawa penyelesaian telahpun dicapai.
  11. Balikan andaian (tuliskan andaian-andaian anda terhadap masalah itu dan kemudiannya, terbalikkan kesemua andaian itu).
  12. Analogi: Adakah masalah yang serupa pernah diatasi (mungkin dalam bidang yang lain)?
  13. Pengujian hipotesis: Mengandaikan sesuatu penjelasan yang mungkin terhadap masalah itu dan kemudiannya mencuba membuktikan andaian-andaian tersebut.
  14. Pemeriksaan kekangan: Adakah anda mengandaikan sesuatu kekangan yang sebenarnya tidak wujud?
  15. Mengambil lebih banyak masa: Tekanan masa boleh mengakibatkan anda berbalik-balik (otak tidak dapat membantu dan cenderung "tertarik" kepada sesuatu penyelesaian atau aspek masalah).
  16. Pengeraman: Masukkan perincian-perincian masalah ke dalam akal anda dan selepas itu, jangan tumpukan perhatian anda terhadapnya. Fikiran separa sedar akan terus mengerjakan masalah itu, dan penyelesaiannya mungkin tertimbul apabila anda sedang membuat perkara-perkara yang lain.
  17. Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah itu.
  18. Mencuba membuktikan bahawa masalah itu tidak boleh diselesaikan. Saat yang bukti ini tidak dapat disokong merupakan titik permulaan untuk menyelesaikan masalah itu.
  19. Memperoleh bantuan daripada kawan-kawan atau komuniti penyelesaian masalah dalam talina, umpamanya 3form).
  20. Analisis Punca Masalah
  21. Terowong Angin: Berdasarkan Kaedah Socrates, teknik ini yang dikembangkan oleh Win Wenger memerlukan anda menjangkau kekangan-kekangan logik untuk mencapai wawasan yang baru terhadap sesuatu masalah.
  22. Set Pandangan Batin Rory O'Connor yang menggabungkan Kaedah Socrates dengan pemikiran metafora dan pemecahan andaian.

Ulasan :
Penyelesaian masalah merupakan sesuatu kriteria yang amat penting dalam kehidupan kita. Kita memang akan bertemu dengan banyak masalah sepanjang hidup kita. Menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, kita perlulah belajar cara penyelesaian masalah yang berkesan supaya hidup kita lebih sempurna.


Sumber Rujukan :

No comments:

Post a Comment