Tuesday 20 December 2011

Bab 2: Pemikiran Kritis, Penyelesaian masalah dan Pemikiran Saintifik (A136047)

Antara bentuk-bentuk penyelesaian masalah
a) Penyelesaian masalah secara saintifik
b) Penyelesaian masalah secara kritis dan logik
c) Penyelesaian masalah secara kreatif
d) Penyelesaian masalah secara Islam

Penyelesaian Masalah Secara Saintifik
  Apabila seseorang menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji atau menyelidiki fenomena-fenomena di bumi atau di luar bumi, maka dikatakan mempraktikkan pemikiran saintifik. Pemikiran saintifik boleh dikaitkan dengan penggunaan logik iaitu satu proses pemikiran yang tidak beremosi, sukar dipengaruhi serta proses yang melihat langkah demi langkah. Penyelesain masalah secara saintifik merupakan kaedah yang mangaplikasikan pengetahuan dalam bidang sains sama ada biologi, kimia ataupun fizik, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu saintifik dalam kehidupan seharian. Pemikiran ini melibatkan proses empirikal-induktif iaitu membuat hipotesis dengan menguji kebenaran hipotesis yang dikemukakan, mengumpul maklumat yang berkaitan seperti bukti dan fakta-fakta empirikal tertentu yang diperlukan sebelum kesimpulan dibuat dan akhirnya membuat kesimpulan setelah semua hipotesis diuji kebenarannya dan maklumat yang diperoleh adalah tepat.

Penyelesaian Masalah Secara Kritis dan Logik
Menyelasaikan masalah secara kritis memerlukan ciri-ciri pemikiran yang kritik, iaitu, cenderung kepada mencari dan mengenal pasti kelemahan, kesilapan, kekurangan dan kecacatan terhadap sesuatu idea atau rupa bentuk. Ia sentiasa memfokuskan perkara-perkara yang tiada ada sesuatu idea atau benda dan membuktikan sesuatu itu salah atau cacat. Selain itu, penyelesaian masalah secara kritis juga boleh dikaitkan dengan logik. Pemikiran logik mementingkan maklumat dan fakta di mana setiap kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang dapat dibuktikan sahaja. Penyelasain secara kritis dan logik mempunyai kelebihan kerana kaedah ini melatih seseorang berfikir dengan tepat dan tersusun.

Penyelesaian Masalah Secara Kreatif/Lateral
Kaedah kreatif dan lateral bersifat generatif dan innovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri tanpa diikat oleh logik. Ia lebih suka menunda penilaian kerana yang lebih penting ialah menjana idea-idea baru tanpa mempedulikan sama ada idea itu betul atau salah berbanding kaedah logik yang bersifat kritikal yang lebih mementingkan penilaian betul atau salah, kuat atau lemah. Antara cara penyelesaian masalah secara kreatif atau lateral ialah tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati, tidak bersifat defensif terhadap masalah itu, yakin pada diri dan idea sendiri serta gunakan pta minda.

Penyelesaian Masalah Secara Islam
Penyelesaian masalah secara Islam terbahagi kepada tiga pendekatan, iaitu pendekatan tauhid, pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Ketiga-tiga pendekatan ini juga dikenali sebagai aqidah, syariah dan akhlak. Pendekatan-pendekatan ini saling melengkapi dan saling menguatkan, kerana semuanya berasaskan ajaran Islam yang syumul (menyeluruh) dan takammul (sempurna).


 Penghalang Penyelesain Masalah
Penghalang penyelesaian masalah terdiri daripada 'kebekuan minda' (mind set) dan 'ketepatan fungsian' (functional fixedness). 'Kebekuan minda', penyelesai melihat masalah dengan cara yang tertentu sahaja dan dia akan terus menggunakan cara-cara penyelesain yang pernah digunakannya sebelum itu. Seterusnya, 'ketepatan fungsian' bermaksud fungsi atau kegunaan yang diberikan kepada sesuatu objek sudah menjadi beku atau sukar diubah.

Faktor Kegagalan Menyelesaikan Masalah
Antara faktor-faktor kegagalan manyelesaikan masalah ialah menyelesaikan masalah tanpa berfikir secara meluas dan mendalam, cenderung menyelesaikan masalah secara terburu-buru, tidak mempertimbangkan kesan akibat penyelesaian yang dilakukan. Faktor yang seterusnya ialah apabila sesuatu masalah yang terjadi itu terlalu besar sehingga tidak mampu ditangani dan difahami. Selain itu, kita juga tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan ada masalah sedang berlaku dan perlu diselesaikan. Di samping itu, tidak cukup waktu untuk mengumpul data atau menganalisis data menyebabkan kita gagal memahami masalah dengan tepat.

Langkah-langkah untuk Menguasai Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Yang pertama sekali, mengenal pasti masalah yang dihadapi iaitu mencari sebab-sebab timbulnya masalah dengan meneliti keadaan. Selepas itu, mencari dan menyenaraikan pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah dan alternatifnya. Seterusnya, semua kemungkinan penyelesaian masalah yang tersenarai dikaji berdasarkan kesan dan akibat, dari segi kebaikan dan keburukan serta kepentingannya.

No comments:

Post a Comment